30 March, 2012

XPDC MENAWAN GUNUNG DATUK


Antara peserta lelaki
                Hebat! Para pelajar SMK Semerah berjaya menawan Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan. Ekspedisi (XPDC) ini disertai oleh 42 orang pelajar dengan diketuai oleh En Zainuddin Basiran, Guru Hal Ehwal Murid (HEM) dan diiringi oleh En Mohd Faiza, Cik Koh Siu Teen dan beberap orang guru lagi. XPDC ini adalah program HEM kedua untuk tahun ini setelah Program Kepimpinan Pengawas di Asahan, Melaka.  XPDC ini dilakukan pada 3 Mac 2012.  Tahniah kepada semua peserta yang berjaya mengibarkan bendera sekolah Semerah, negeri Johor dan Jalur Gemilang. Jadikan pengalaman semasa mendaki sebagai satu pengalaman hidup yang amat berharga. Bukan mudah untuk mendaki ; tapi pelajar Semerah telah membuktikannya apabila berjaya menawan Gunung Datuk.


No comments:

Post a Comment