24 April, 2017

BOLA BALING MASIH BELUM MENYERLAH : TETAPI TIDAK MENYERAH


Walaupun tidak mengecapi pingat, pasukan bola baling SMK Semerah tidak patah semangat untuk berjuang dalam Pertandingan Bola Baling MSSD Batu Pahat yang diadakan pada 18 – 19 April 2017 di Pura Kencana dan dikelolakan oleh SMK Tun Ismail.
Team bola baling SMK Semerah diuruslatih oleh Tn Hj Hashim bin A. Ghani dan Tn Hj Abu Bakar bin Ali. Team perempuan bermula garang dengan membenam SM Agama Parit Raja 2-0, namun tersentak apabila
kecundang kepada SMK Seri Medan 1-5. Keinginan untuk bangkit telah dinafikan oleh SMK Senggarang apabila tewas 1-2.

Sementara itu, pasukan lelaki tewas ketiga-tiga perlawanan iaitu tewas kepada SMK Senggarang 1-3, ditumbangkan oleh SMK Dato Onn 2-4 dan tewas 1-2 kepada SMK Suria Perdana. Inilah kali pertama pasukan lelaki menyertai pertandingan bola baling setelah menjuarainya pada tahun 2011.

No comments:

Post a Comment