10 July, 2017

Pasukan Sofbol P18 Batu Pahat : Noor Amelia (empat dari kanan barisan depan), Nur Asyikin (dua dari kanan barisan depan) dan Aisyah Adila (paling kanan barisan depan). En Hashim A. Ghani (dua dari kanan barisan belakang)
Pasukan perempuan Batu Pahat bawah 18 tahun telah menjadi naib johan dalam Kejohanan Sofbol MSS Johor yang diadakan pada 6-8 Julai 2017 di Johor Bahru. Pada tahun ini, 3 orang pemain dari SMK Semerah iaitu Noor Amelia Rasidin, Aisyah Adila Sabiran dan Nur Asyikin Shahrul telah menjadi antara tunggak utama team Batu Pahat.
          Pasukan perempuan bawah 18 tahun Batu Pahat yang diketuai oleh ketua pasukan, Noor Amelia menewaskan pasukan Kota Tinggi, Mersing dan Pontian sebelum tumpas dalam perlawanan akhir 2-8 kepada Kulai

          Sementara itu, pasukan bawah lelaki 12 tahun memperoleh tempat ke-3 dan pasukan perempuan 12 tahun menduduki tempat ke-4 dan kontijen Batu Pahat menduduki tempat ke-3 keseluruhan.

          Syabas kepada trio SMK Semerah dalam sofbol MSSJ. Semoga kejayaan ini akan merangsangkan pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment