05 December, 2017

AISYAH ADILA BANTU JDT JOHAN SOFBOL BAWAH 16 TAHUN

         Aisyah Adila Sabiran yang mewakili JDT C telah berjaya membantu team JDT C menjadi johan dalam Kejohanan Sofbol Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2017. Kejohanan yang dijalankan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 27-30 November telah disertai oleh 12 pasukan lelaki dan 13 pasukan perempuan.
          Kemenangan Aisyah Adila ini adalah kejayaan kedua beliau setelah membantu JDT merangkul naib johan semasa Kejohanan Sofbol MSSM pada bulan Mei yang lepas.  Pada tahun lepas, Aisyah Adila
tidak berkesempatan mewakili Johor namun tempatnya disandang oleh rakannya, Nor Asyikin Shahrul yang membantu Johor menjadi naib johan kategori bawah 16 tahun.
Dalam pada itu, pasukan JDT C yang diwakili oleh sebahagian besarnya daripada pemain-pemain Batu Pahat, Mersing dan Johor Bahru memulakan langkah sumbang apabila tewas dengan Selangor 0-4. Namun mereka bangkit apabila membelasah Johor B 16-0. Kemudian meneruskan amukan dengan membenam Pulau Pinang, MSS Selangor dan menumbangkan Pahang pada semi final.
          Sementara itu, dalam perlawanan final, JDT C telah menentang semula Selangor. Pada 3 inning awal, kedua-dua gagal memperoleh larian. Pada inning ke-4, barulah kedua-dua pasukan menemui rentak namun Selangor  mendahului 2-1 sehingga inning ke-6. Oleh itu, pada inning terakhir, JDT C telah mengubah taktikal lalu berjaya mendapat 2 larian seterusnya menamatkan perlawanan dengan 3-2 dalam perlawanan yang cukup dramatik.
Aisyah Adila berdiri kanan di barisan belakang
          Kejayaan ini membaiki keputusan tahun lepas Johor yang hanya memperoleh naib johan.  Kategori lelaki dimenangi oleh Negeri Sembilan yang menewaskan Pahang dalam perlawnan akhir. Tahniah kepada Aisyah Adila dan team JDT C. Semoga kejayaan ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang dan harapan sofbol Semerah terus menyerlah 





No comments:

Post a Comment