12 January, 2018

BENDAHARA RAMPAS TAKHTA UNTUK JUARAI MERENTAS DESA



                       Johan tahun lepas, Laksamana kecundang apabila hanya menduduki tempat ke-2 dalam Pertandingan Merentas Desa SMK Semerah sebaliknya Bendahara yang menduduki tempat kedua pada tahun lepas, telah berjaya merampas takhta johan merentas pada tahun ini.
          Pertandingan yang diadakan pada 11 Januari 2018 telah dilepaskan oleh Tn Hj Shidan bin Ramli, Pengetua SMK Semerah pada pukul 9.30 pagi. Jarak larian pada tahun ini sejauh 5.8 km.
                   Panglima yang nampak hebat tersungkur di tempat ke-4, manakala Nakhoda dan Syahbandar masih belum memberi saingan dalam pertandingan pada tahun ini. Rumah Temenggung pula menunjukkan peningkatan pada tahun ini apabila menduduki tempat ke-3.
          Walaupun hujan renyai-renyai turun, namun ianya tidak mencacatkan pertandingan. Laluan trek yang lecak dan berair merencatkan semangat para pelajar dalam mendapatkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Berikut adalah keputusan merentas desa pada tahun ini.
         
RUMAH SUKAN
LA
LB
PA
PB
JUMLAH
KED
BENDAHARA
31
57
15
19
122
1
LAKSAMANA
43
20
16
22
101
2
NAKHODA
1
12
32
28
73
5
PANGLIMA
18
29
27
8
82
4
SYAHBANDAR
6
29
6
11
52
6
TEMENGGUNG
27
23
23
19
91
3

Tahniah kepada para pemenang. Anda semua HEBAT ! Aktiviti berikutnya ialah
Sukantara yang akan diadakan selepas cuti Tahun Baru Cina.  Tahniah kepada para pemenang. Yang tidak memperoleh mata  boleh mencuba dalam Sukantara

BENDAHARA : JOHAN KESELURUHAN

Aliff Najmi : Johan L18

Irna Nur Atika : Johan P18 

Muhd Khuzaimi Zaharudin : Johan L15
See Zia Xuan : Johan P15



NURUL FARAH AMIRAH (PANGLIMA) : JOHAN PEREMPUAN KHAS

MUHD FAQIR BIN SHAHRIR (BENDAHARA) : JOHAN LELAKI KHAS

MUHAMMAD HAIKAL BIN IKMALIZAN  (SYAHBANDAR) : JOHAN LELAKI PENDIDIKAN KHAS 

ANTARA PEGAWAI YANG BERTUGAS

JOM RENTAS DESA !

PERMULAAN  LARIAN

MENUJU GARISAN PENAMAT

KAUNTER MATA




No comments:

Post a Comment