14 March, 2010

POCO-POCO SEMAKIN DIMINATI

Berlenggang pata pata,

Nana si goyang pica pica,
Nana si bodi poco poco...

Begitulah bait-bait lagu copo-copo...ophh! salah...poco-poco. Kini tarian poco-poco memasuki SMK Semerah. Setiap hari Rabu, 'mak cik - mak cik' telah mengikut latihan tarian poco-poco yang dijalankan di Balai Bacaan pada jam 4.30 petang. Tarian baru ini sememangnya berelemenkan seni tari, namun tarian ini boleh dijadikan senaman jika diselitkan dengan unsur-unsur pergerakan senaman asas (seperti dalam aktiviit warming-up). Oleh sebab itu, negeri Johor mempunyai seni tarian berasaskan senaman iaitu J-Robik.
Tarian poco-poco ini pada mulanya disertai oleh staff seperti Pn Normah, Pn Fadzilah Othman, Pn Aida, juga En Hashim, Pn Noor Nazira, Cik Hasralda (dengan ibunya sekali juga turut sama) En Azhar Suratman (As Kantin), kelihatan juga para pekerja kantin. Persembahan mereka kini berjaya menarik minat para pelajar untuk menyertainya. Kini penuh Balai Bacaan mengikuti bersama-sama poco-poco. Bukan hanya poco-poco, senamam lain juga diajar oleh jurulatih. Berpeluh juga nampaknya mereka. Mana taknya, semua otot bergerak. Selama sejam setengah tentu letih. Lagu-lagu senaman pun menarikjuga. Teruskan, sekurang-kurangnya badan bertambah sihat. Selamat berpoco-poco.


05 March, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-37 : LAKSAMA TETAP UNGGUL

Sekali lagi rumah Laksamana mengungguli Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Semerah Kali Ke-37. Walaupun rumah sukan mengalami penjenamaan semula dan penstruktran ahli, rumah Kuning yang dahulunya dikenali sebagai Hamdan Tahir, kini bertukar kepada nama Laksamana masih mengekalkan kejuaraan. Di bawah teraju kepimpinan Pn Noor Nazira, Laksamana mendahului sejak awal lagi iaitu dalam Sukan Kecil yang diadakan pada 23 - 25 Februari lalu. Kejohanan pada tahun ini dirasmikan oleh Datuk Hj Masri bin Saryani, Yang Dipertua PIBG SMK Semerah.
Raptai dijalankan pada 3 Mac 2010 yang diselia oleh En Mohd Yusof Abu Bakar dengan dibantu oleh En Hashin dan Cik Norul Rafidah. Pada hari kejohanan, suasananya cukup meriah. Dengan iringan muzik, perarakan diketuai oleh Saudara Nazrin Nazmi melangkah penuh bergaya. Pasukan bendera warna-warni menyerlahkan suasana pagi hari. Perarakan masuk diteruskan oleh 6 kontijen rumah sukan. Tahun ini berimej logo yang baru. Seterusnya diikuti oleh kontijen pakaian seragam. Hebat bergaya semua kontijen. Kiri kanan kiri, begitulah semasa perarakan masuk.
Tahun ini persaingan sangat hebat. Kesungguhan para peserta amat dikagumi. Dan tahun ini sekali lagi rumah Kuning mengungguli kejohanan olahraga. Walaupun nama rumah bertukar, semangat membara rumah Kuning tetap semarak. Tahniah Laksamana.





01 March, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH BATU PAHAT 2010

Tahun ini SMK Semerah telah menghantar kontijen terbesar untuk Kejohanan Merentas Desa Daerah Batu Pahat  yang diadakan pada Rabu, 24 Februari 2010 di Parit Raja dan dikelolakan oleh SMK Tun Ismail. Seramai 24 orang peserta dengan dilatihselia oleh En Azhar dan En Hashim. Pn Zamilah dan En Noimpendi bertindak sebagai pengurus sementara Cik Nornida menjawat caperon.  Alhamdulilah peserta kita telah mendapat beberapa kejayaan. Tiara Natasha telah menduduki tempat ke-4 P15, ini membaiki kejayaannya pada tahun lepas. Sementara itu, Azwan Misni meraih tempat ke-5 manakala Mohd Faizul mendapat tempat ke-10. Tempat ke-4 kategori P15 juga diungguli oleh SMK Semerah. Kepada para peserta, tahniah  para peserta yang menang. Bagi lain anda juga tetap memainkan peranan untuk menaikkan nama sekolah, cuma nasib tidak menyebelahi kita.  Tahun depan, 2011 kita bangkit untuk azam baru menguasai 5 tempat terbaik dalam semua kategori. InsyaAllah.

SUKAN KECIL : PANAS, BAHANG DAN MEMBARA

Sukan Kecil (Acara Awal) telah diadakan pada 23 - 25 Februari 2010. 3 hari yang meletihkan. Dengan cuaca yang panas pada sebelah petang, tidak membataskan semangat para peserta rumah sukan untuk bersaing hebat. Begitu juga dengan iltizam dan kesungguhan yang berkobar-kobar yang ditunjukkan olah guru-guru rumah sukan. Dari jauh kelihatan Pn Nazira menjerit lari..lari...lari. Di sudut lain pula Cik Koh Siu Teen pula melambaikan tangan agar peserta tetap meneruskan dan menamatkan larian. Sementara itu, Cik Fairus dan Cik Kee Li Li pula sibuk mengatur strategi terakhir kepada para peserta rumah masing-masing. Manakala Cik Yusrina masih sempat memberi perangsang ketika pelari sedang berlari untuk terus berlari. Cik Nur Aishah Abd Aziz pula memberi air minuman kepada para pelari yang sedang berehat setelah berlari.
Begitu juga halnya dengan penolong ketua rumah juga En Halim, En Hafiz, En Faiza, En Lim Seng Hoe, En Zaad Hisham dan En Amir Hamzah saling berteriak untuk memberikan semangat kepada para peserta masing-masing. Sementara itu para pegawai kejohanan menjalankan tugas dengan dedikasi dan adil. Dari jauh juga kelihatan Tn Hj Adam, Pengetua SMK Semerah menyaksikan para peserta berlari. Penyampaian pingat kepada para peserta diadakan pada Selasa 2 Mac 2010. Untuk Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-37 pula akan dijalankan pada Khamis, 4 Mac 2010. Kita tunggu dan lihat rumah manakah yang muncul menjadi johan pada tahun ini.