05 March, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-37 : LAKSAMA TETAP UNGGUL

Sekali lagi rumah Laksamana mengungguli Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Semerah Kali Ke-37. Walaupun rumah sukan mengalami penjenamaan semula dan penstruktran ahli, rumah Kuning yang dahulunya dikenali sebagai Hamdan Tahir, kini bertukar kepada nama Laksamana masih mengekalkan kejuaraan. Di bawah teraju kepimpinan Pn Noor Nazira, Laksamana mendahului sejak awal lagi iaitu dalam Sukan Kecil yang diadakan pada 23 - 25 Februari lalu. Kejohanan pada tahun ini dirasmikan oleh Datuk Hj Masri bin Saryani, Yang Dipertua PIBG SMK Semerah.
Raptai dijalankan pada 3 Mac 2010 yang diselia oleh En Mohd Yusof Abu Bakar dengan dibantu oleh En Hashin dan Cik Norul Rafidah. Pada hari kejohanan, suasananya cukup meriah. Dengan iringan muzik, perarakan diketuai oleh Saudara Nazrin Nazmi melangkah penuh bergaya. Pasukan bendera warna-warni menyerlahkan suasana pagi hari. Perarakan masuk diteruskan oleh 6 kontijen rumah sukan. Tahun ini berimej logo yang baru. Seterusnya diikuti oleh kontijen pakaian seragam. Hebat bergaya semua kontijen. Kiri kanan kiri, begitulah semasa perarakan masuk.
Tahun ini persaingan sangat hebat. Kesungguhan para peserta amat dikagumi. Dan tahun ini sekali lagi rumah Kuning mengungguli kejohanan olahraga. Walaupun nama rumah bertukar, semangat membara rumah Kuning tetap semarak. Tahniah Laksamana.





No comments:

Post a Comment