01 March, 2010

SUKAN KECIL : PANAS, BAHANG DAN MEMBARA

Sukan Kecil (Acara Awal) telah diadakan pada 23 - 25 Februari 2010. 3 hari yang meletihkan. Dengan cuaca yang panas pada sebelah petang, tidak membataskan semangat para peserta rumah sukan untuk bersaing hebat. Begitu juga dengan iltizam dan kesungguhan yang berkobar-kobar yang ditunjukkan olah guru-guru rumah sukan. Dari jauh kelihatan Pn Nazira menjerit lari..lari...lari. Di sudut lain pula Cik Koh Siu Teen pula melambaikan tangan agar peserta tetap meneruskan dan menamatkan larian. Sementara itu, Cik Fairus dan Cik Kee Li Li pula sibuk mengatur strategi terakhir kepada para peserta rumah masing-masing. Manakala Cik Yusrina masih sempat memberi perangsang ketika pelari sedang berlari untuk terus berlari. Cik Nur Aishah Abd Aziz pula memberi air minuman kepada para pelari yang sedang berehat setelah berlari.
Begitu juga halnya dengan penolong ketua rumah juga En Halim, En Hafiz, En Faiza, En Lim Seng Hoe, En Zaad Hisham dan En Amir Hamzah saling berteriak untuk memberikan semangat kepada para peserta masing-masing. Sementara itu para pegawai kejohanan menjalankan tugas dengan dedikasi dan adil. Dari jauh juga kelihatan Tn Hj Adam, Pengetua SMK Semerah menyaksikan para peserta berlari. Penyampaian pingat kepada para peserta diadakan pada Selasa 2 Mac 2010. Untuk Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-37 pula akan dijalankan pada Khamis, 4 Mac 2010. Kita tunggu dan lihat rumah manakah yang muncul menjadi johan pada tahun ini.


No comments:

Post a Comment