11 November, 2011

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM TAHUN 2001

             Anugerah Kokurikulum adalah penghargaan kepada para pelajar yang telah menyumbangkan khidmat bakti, keringat dan usaha menaikkan nama sekolah dalam persada kokurikulum.  Sumbangan para peserta yang mewakili sekolah akan dikenang sampai bila-bila. Bukan mudah untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri apatah lagi peringkat kebangsaan. Hanya mereka yang berupaya bersaing pada tahap tinggi sahaja akan berjaya.
            Justeru itu, pada Khamis, 10 November 2011, Unit Kokurikulum SMK Sekolah berbesar hati untuk menganugerahkan bebarapa anugerah kepada para pelajar yang mengharumkan sekolah, mewakili sekolah dan membantu pihak-pihak lain dalam menaikkan nama daerah dan negeri.

07 November, 2011

SEMERAH PREMIER LEAGUE (SML) : KEMERIAHAN ARENA BOLA SEPAK SEMERAH


            Akhirnya pasukan Semerah Senior dan Soccer Junior berjaya menjadi johan dalam Semerah Premier League (SPL). Memiliki beberapa pemain sekolah adalah aset utama kedua-dua team tersebut dalam merangkul kejuaraan. SPL yang dikelolakan oleh Kelab Bola Sepak dan Unit Sukan  ini dijalankan pada sesi petang.
Berikut adalah keputusan penuh SPL :-

LIGA SUPER
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
MATA
SEMERAH SENIOR
4
4
0
0
27
2
12
WARISAN FC
4
3
0
1
56
4
9
FOOTBALL CLUB
4
2
0
2
12
14
6
FIFTEEN SQUAD
4
1
0
3
17
33
3
MONSTERS TEAM
4
0
0
4
3
48
0

LIGA PERDANA
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
MATA
SOCCER  JUNIOR
3
3
0
O
31
2
9
TEEN SPIRIT FC
3
2
0
1
37
3
6
THE RED WARRIORS
3
0
1
2
4
19
1
BAYERN  FC
3
0
1
2
3
49
1

02 November, 2011

PERTANDINGAN SOFBOL BAWAH 15 TAHUN : SEMERAH DUDUKI TEMPAT KE-3


Team Sofbol SMK Semerah Bawah 15 Tahun
Pada tahun lepas, tiada pertandingan dijalankan. Pada tahun ini, arena sofbol bawah 15 tahun kembali dengan penganjuran Pertandingan Sofbol Bawah 15 TahunSMK Semerah tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan tersebut.  SMK Dato’ Seth telah diamanahkan untuk mengelolakan pertandingan tersebut pada 1-2 November.   Walaupun hujan turun pada sebelah petang, pertandingan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.

24 October, 2011

KARANGAN TERPILIH UNTUK CALON SPM

Pada kali ini, bersempena tidak lama lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Unit Sukan   berbesar hati menyiarkan contoh karangan bahasa Melayu. Moga karangan sebegini akan membantu calon-calon SPM untuk menjawab soalan karangan. Terima kasih kepada Cikgu Mohd Yusof bin Abu Bakar atas sumbangan karangannya dalam Modul Pasang Siap SPM
Selamat menduduki SPM. Anda boleh !



LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA

                        Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum.