07 November, 2011

SEMERAH PREMIER LEAGUE (SML) : KEMERIAHAN ARENA BOLA SEPAK SEMERAH


            Akhirnya pasukan Semerah Senior dan Soccer Junior berjaya menjadi johan dalam Semerah Premier League (SPL). Memiliki beberapa pemain sekolah adalah aset utama kedua-dua team tersebut dalam merangkul kejuaraan. SPL yang dikelolakan oleh Kelab Bola Sepak dan Unit Sukan  ini dijalankan pada sesi petang.
Berikut adalah keputusan penuh SPL :-

LIGA SUPER
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
MATA
SEMERAH SENIOR
4
4
0
0
27
2
12
WARISAN FC
4
3
0
1
56
4
9
FOOTBALL CLUB
4
2
0
2
12
14
6
FIFTEEN SQUAD
4
1
0
3
17
33
3
MONSTERS TEAM
4
0
0
4
3
48
0

LIGA PERDANA
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
MATA
SOCCER  JUNIOR
3
3
0
O
31
2
9
TEEN SPIRIT FC
3
2
0
1
37
3
6
THE RED WARRIORS
3
0
1
2
4
19
1
BAYERN  FC
3
0
1
2
3
49
1

Inilah antara bukti pelaksanaan sukan sepanjang tahun. Akhirnya Semerah Premier League (SPL) telah berakhir. Liga yang dibahagikan kepada Liga Super dan Liga Perdana ini adalah kotmitmen sekolah terhadap Dasar 1 Murid 1 Sukan dan menggalakkan penyertaan para pelajar dalam memeriahkan arena sukan sekolah. Menurut Tn Hj Adam bin Abu, Pengetua SMK Semerah, “Pihak sekolah mahu para pelajar memeriahkan aktiviti sukan agar kemeriahannya sentiasa berterusan dan penglibatan para pelajar mampu membina aspek ketahanan fizikal dan kerjasama sepasukan”. “Jika dahulu sukan (olahraga) hanya pada awal tahun, selepas itu tiada lagi aktiviti. Lantaran itu, suasana kemeriahan sukan akan hilang”, ujarnya lagi. “Justeru itu, liga bola sepak seperti ini menandakan sekolah boleh mengelolakan aktiviti permainan untuk jangka masa yang panjang dan tidak terikat hanya pada masa-masa tertentu sahaja.” tambah beliau lagi.
Tahniah kepada pasukan yang dinobatkan juara. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu perjalanan dan pengurusan pertandingan yang memakan masa lebih 4 bulan. Moga arena bola sepak Semerah akan kembali  bersinar dan mampu bersaing pada peringkat yang lebih berprestij.

No comments:

Post a Comment