02 November, 2011

PERTANDINGAN SOFBOL BAWAH 15 TAHUN : SEMERAH DUDUKI TEMPAT KE-3


Team Sofbol SMK Semerah Bawah 15 Tahun
Pada tahun lepas, tiada pertandingan dijalankan. Pada tahun ini, arena sofbol bawah 15 tahun kembali dengan penganjuran Pertandingan Sofbol Bawah 15 TahunSMK Semerah tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan tersebut.  SMK Dato’ Seth telah diamanahkan untuk mengelolakan pertandingan tersebut pada 1-2 November.   Walaupun hujan turun pada sebelah petang, pertandingan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.
Team SMK Semerah diketuai oleh En Hashim bin A. Ghani dan Cik Hasralda bt Abu Hassn sebagai jurulatih dengan dibantu oleh En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir dan Cik Norul Rafidah bt Redzuan sebagai pengurus sementara para pemain berjumlah 12 orang dibawa pada kali ini dengan misi untuk menduduki 3 tempat terbaik. SMK Semerah bermula dengan menumpaskan SMK Temenggung Ibrahim 6-5. Kemudian dikejutkan dengan kecundang kepada SMK Yong Peng 5-11 dalam perlawanan yang berlarutan hampir 2 jam setelah seri 3-3 sehingga tamat masa perlawanan. Dalam situasi tie-break, Semerah tidak dapat menyerap tekanan perlawanan sehingga hanya mendapat 2 larian berbanding 8 larian yang diperolehi oleh Yong Peng.  Kekalahan ini melumpuhkan semangat juang para pemain apabila tewas mengejut kepada SMK Convent 10-13. Dengan itu SMK Semerah menduduki tempat ke-3, sementara johan dirangkul oleh SMK Yong Peng dan tempat ke-2 dimenangi oleh SMK Convent.
Sementara itu, SMK Tunku Mahmood Iskandar mengungguli persada sofbol kategori lelaki dengan menumpaskan tuan rumah 19-11 pada aksi  final yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai. SMK Tun Ismail pula gah menduduki tempat ke-3 dengan mengalahkan SMK Yong Peng 11-7. Pingat-pingat disampaikan oleh Pengetua SMK Dato’ Seth. Tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tewas, cuba lagi pada tahun depan.
Bakat yang dijelmakan dalam sesi permainan ini amat baik dan perlu diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. Pengalaman yang para pemain perolehi amatlah berharga. Kemahiran permainan juga penting. Justeru itu, berlatihlah dengan tekun. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang bersunggu-sungguh. Kita akan bangkit pada tahun depan untuk mengungguli pentas sofbol Batu Pahat dalam kategori 15 mahupun 18 tahun.  InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment