12 February, 2012

PERTANDINGAN MERENTAS DESA MSSD BATU PAHAT 2012


Mohd Sobri dan Mohd Lokman semasa Merentas Desa MSS Johor
              Aktiviti olahraga pada peringkat daerah telah bermula dengan aktiviti Pertandingan Merentas Desa MSSD Batu Pahat. Pertandingan dijalankan di trek sekitar Seri Medan pada 31 Januari 2012SMK Semerah menghantar 24 orang atlet dengan misi menduduki 2 tempat terbaik dalam setiap kategori. Dengan diketuai oleh En Hashim Ghani dan En Hafiz Mohd Zaid sebagai pengurus pasukan dan dilatih oleh En Azhar Ghafar dan En Azrizal Aizat serta dibantu oleh Cik Nornida Sapun dan Tn Hj Yusof Sarmaet, skuad tahun ini berkeyakinan untuk merangkul satu johan kategori berpasukan.
           

04 February, 2012

HOKI PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN : MASIH BELUM BERUPAYA LAGI


           Pertandingan Hoki Perempuan Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat telah diadakan pada 1-2 Februari 2012 di Stadium UTHM. Pertandingan ini dikelolakan oleh SMK Semerah. Team ini diketuai oleh En Hashim dan En Azrizal Aizat sebagai pengurus team manakala En Azhar Ghafar sebagai jurulatih serta Cik Norul Rafidah sebagai caperon. Berikut adalah keputusan pertandingan.

KEPUTUSAN PERLAWANAN
PUSINGAN AWAL
BIL
PASUKAN
LWN
PASUKAN
1
SMK BANANG JAYA
2 – 0
SMK CONVENT
2
SMK SERI MEDAN
0 - 0
SMK SENGGARANG
3
SMK PENGHULU SAAD
1 - 1
SMK DATO’ SYED ESA
4
SMK SEMERAH
1 - 0
SMK CONVENT
5
TIGS
0 - 1
SMK SENGGARANG
6
SMK DATO’ BENTARA LUAR
0 - 0
SMK PENGHULU SAAD
7
SMK BANANG JAYA
0 - 0
SMK SEMERAH
8
SMK SERI MEDAN
0 - 0
TIGS
9
SMK DATO’ SYED ESA
0 - 1
SMK DATO’ BENTARA LUAR

21 November, 2011

BOLA SEPAK GONDOL EMAS: SAH MALAYSIA JAGUH ASIA TENGGARA


               Harimau membaham Garuda. Itulah perumpamaan paling tepat ; Malaysia menumbangkan Indonesia 4-3 dalam penentuan dalam perlawanan akhir bola sepak yang ditentukan oleh sepakan penalti setelah terikat 1-1. Sukan SEA 2011  sekali lagi melakar sejarah dalam arena bola sepak apabila mengekalkan pingat emas bola sepak setelah memenanginya pada edisi Sukan SEA 2009 di Laos. Dengan tiada kekalahan dalam setiap perlawanan, skuad Ong Kim Swee memang berhak merangkul emas dan melenyapkan sorakan peminat fanatik di Stadium Gelora Bung Karno.
            Malaysia yang ketinggalan 0-1 setelah tandukan Gunawan mengegar jaring,

14 November, 2011

PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 16 TAHUN


            Sekali lagi percubaan team bola  sepak SMK Semerah untuk mara ke suku akhir tidak kesampaian lagi. Entah apa silapnya! Diletakkan dalam kumpulan yang agak mudah yang terdiri daripada SMK Dato’ Syed Esa (SMKDES), SMK Tunku Mahmood Iskandar (SMKTMI) dan SM Tinggi Hwa Jin (SMTHJ).  Namun, kegagalan penyudah serangan depan menggagalkan misi untuk ke suku akhir. Dalam Pertandingan Bola Sepak Bawah 16 Tahun yang diadakan di padang stadium pada 14 – 15 November ini, Semerah bermula dengan kekalahan mengejut 0 -1 kepada SMTHJ. Gol yang dijaringkan pada minit terakhir itu hadir daripada hasil gerakan susulan setelah tendangan penalti ditepis oleh penjaga gol, Fauzi.
            Dalam perlawanan kedua menentang SMK DSE pula, asakan demi asakan dijanakan oleh trio Ahmad Fahmi, Faizul Yusof dan Azwan Mesni  tetapi tidak berjaya menghasilkan gol.