27 October, 2010

SENTUHAN KECUNDANG UNTUK MENARUH HARAPAN PADA 2011

Rabu, 27 Okt 2010. Sekali lagi 5 buah sekolah sekitar parlimen Parit Sulong bertarung untuk merebut 4 piala kategori pelajar dan satu piala kategori staff. Dengan dikelolakan oleh SMK Dato' Sulaiman, pesta permainan tahunan ini memang meriah dengan suasana semangat kesukanan di kalangan para pelajar Tingkatan Satu.
SMK Semerah mensasarkan johan keseluruhan serta johan kategori bola sepak dan bola baling di samping 3 tempat terbaik untuk permainan bola jaring dan sepak takraw. Kontijen mantap ini diketuai En Tumian bin Jasman (GPK Kokurikulum), diurus oleh En Noimpendi Abu Bakar dan En Mohd Faiza bin Abd Rahman serta 11 guru. SMK Semerah tidak gentar untuk menghadapi musuh-musuh tradisi kerana persiapan telah dijalankan dalam masa 3 minggu.
Namun adat pertandingan ; ada yang menang dan ada yang tewas. Kita kena akur dengan kekuatan pihak lawan. SMK Semerah menduduki tempat ke-3 keseluruhan dengan pasukan bola jaring mendapat naib johan Piala Wawasan, pasukan bola baling mengungguli tempat ke-3 Piala Semerah, saguhati untuk dua regu sepak takraw untuk Piala Sepedoman dan tempat ke-3 untuk Piala Warisan kepada pasukan bola sepak. Sementara itu, staff SMK Semerah gagal dalam mengharungi ketangkasan para pemain bergu dalam permainan badminton untuk Piala Persada yang dijalankan pada Sabtu, 23 Okt 2010.
Jangan putus asa wahai para jurulati kontijen SMK Semerah. Diharapkan dengan kekecewaan ini akan memberi harapan untuk sekali lagi berusaha yang lebih bersungguh-sungguh dan iltizam yang tinggi demi mencapai impian menjuarai piala rebutan tersebut pada tahun depan.
Johan keseluruhan dirangkul oleh SMK Dato' Sulaiman. Johan Piala Warisan dimenangi oleh SMK Dato' Sulaiman. Johan Piala Sepedoman dirangkul oleh SMK Dato' Sulaiman. SMK Penghulu Saat sekali lagi mengekalkan kejuaraan Piala Semerah dan MRSM juga mengekalkan Piala Wawasan. Tahniah kepada para pemenang. Tahun depan 2011, SMK Semerah akan kembali menjuarai pula !
Team bola baling
Team bola jaring bersama jurulatihnya, Pn Norsaedah Jamal

Team bola sepak Piala Warisan
Team Sepak Takraw Piala Sepedoman 
 




06 October, 2010

KONSEP DAN ISTILAH KECERGASAN

Konsep Kecergasan atau Kesejahteraan Keseluruhan
Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, dan rohani yang membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu mengenai kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap.
Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Aspek inilah yang banyak disentuh dalam silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal. Aspek pembangunan mental ini membantu kepada para pelajar dalam meningkatkan kualiti dalam pembelajaran. Inilah nilai tambah dalam sistem pendidikan di Malaysia yang banyak menjurus kepada “exam oriented”. Mental yang cergas akan pembentukan intelek yang berdaya saing dan proaktif.
Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini. Interaksi ini akan mencetuskan sosialisasi dalam sistem pendidikan. Pelajar tidak akan buntu dan jumud dalam alam masyarakat yang realiti apabila keluar daripada kepompong persekolahan.
Kecergasan Emosi
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik. Emosi yang sihat akan mencambahkan minda yang positif, cerdas dan berakal untuk proses penyelesaian masalah yang dihadapai agar tidak mencetuskan konflik.
Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif. Kecergasan ini perlu disulami dengan amalan keagamaan yang berterusan seperti solat dan zikirilulah.

30 September, 2010

TEAM BOLA SEPAK TINGKATAN 1 : PERMULAAN YANG BAIK MENANG BERGAYA

Menang bergaya ! Begitu ungkapan yang boleh diluahkan apabila team bola sepak SMK Semerah menang 6-2 menentang SMK Dato' Syed Esa dalam perlawanan persahabatan pada 30 September 2010. Perlawanan diadakan di padang SMK Semerah.Kejayaan ini memberi perangsang kepada para pemain untuk terus memantapkan lagi prestasi dan menambahbaik mana-mana kekurangan dalam pasukan. Pasukan ini dibentuk oleh En Hafiz Mohd Zaid dan En Mohd Yusof bin Abu Bakar. Bakat-bakat dipilih oleh En Azhar Abd Ghafar dalam sesi pemilihan pada waktu PJK. Pengurus pasukan, En Noimpendi Abu Bakar yakin akan prestasi anak buahnya dalam mencapai misi menjuarai Piala Warisan pada tahun ini. 
Perlawanan persahabatan tersebut diadili oleh En Hashim bin A. Ghani dengan dibantu oleh penjaga garisan saudara Haziq Syakirin dan Mohd Said Sani serta saudara Ahmad Shafik Sapary bertindak sebagai pengadil keempat. Hujan renyai-renyai menjadikan perlawanan bertambah menarik dengan serangan balas dari kedua-dua pasukan.
Separuh masa, SMK Semerah mendahului 1-0 hasil rembatan kencang Lokman Norhan. Serangan bertali arus pasukan Semerah membuahkan hasil dengan 2 jaringan lagi. Ketinggalan 0-3 idak mematahkan semangat pasukan pelawat untuk merapatkan jurang 1-3. Lantas serangan mengejut Semerah tidak dibalas oleh Syed Esa menjadikan jaringan 4-1 dan sekali lagi pasukan pelawat merapatkan jurang kepada 2-4. Semangat kental para pemain Semerah melenyakan impian Syed Esa dengan menjaringkan 2 gol lagi dan menjadikan keputusan penuh kepada 6-2.
Tahniah kepada para pemain dan barisan kejurulatihan. InsyaAllah misi akan dicapai !

27 September, 2010

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2010 : MERIAH DAN LANCAR

Penyertaan dan pencapaian anda dihargai. Inilah hari kemuncaknya atas jasa dan sumbangan para pelajar sepanjang tahun ini kepada pihak sekolah. Hari ini Isnin, 27 Sept 2010 adalah Hari Anugerah Kokurikulum 2010. Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh En Radzali bin Ahmad, GPK 1 SMK Semerah. Tahniah kepada para penerima anugerah. Semoga kita dapat mewujudkan persaingan sihat demi pembangunan insan dalam bersosial. 
Berikut adalah antara pemenerima dan pemenang anugerah :-