23 August, 2017

AISYAH ADILA MEMBANGGAKAN TEAM SOFBOL JOHOR

         
 Aishah Adila menjadi wakil tunggal SMK Semerah yang mewakili negeri Johor Darul Takzim (JDT) ke Kejohanan Sofbol MSSM Tahun 2017 dari 6-11 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Aisyah Adila menjadi pemain ketiga yang telah berjaya sampai ke peringkat kebangsaan.  Sebelum ini, Noor Amelia Rasidin dan Nurul Ashikin Shahrul pernah mewakili JDT dalam peringkat kebangsaan. Namun kedua-dua pemain tersebut tidak terpilih pada tahun ini.

          Setelah cemerlang membantu Batu Pahat ke peringkat negeri selama 3 tahun, akhirnya beliau terpilih pada tahun ini untuk mewakili JDT ke peringkat kebangsaan.
Team Sofbol Johor Darul Takzim : Aisyah Adila di depan sekali
Pasukan JDT telah berjaya masuk ke perlawanan akhir namun disekat oleh pasukan negeri Selangor dalam aksi perlawanan yang mendebarkan.

10 July, 2017

Pasukan Sofbol P18 Batu Pahat : Noor Amelia (empat dari kanan barisan depan), Nur Asyikin (dua dari kanan barisan depan) dan Aisyah Adila (paling kanan barisan depan). En Hashim A. Ghani (dua dari kanan barisan belakang)
Pasukan perempuan Batu Pahat bawah 18 tahun telah menjadi naib johan dalam Kejohanan Sofbol MSS Johor yang diadakan pada 6-8 Julai 2017 di Johor Bahru. Pada tahun ini, 3 orang pemain dari SMK Semerah iaitu Noor Amelia Rasidin, Aisyah Adila Sabiran dan Nur Asyikin Shahrul telah menjadi antara tunggak utama team Batu Pahat.
          Pasukan perempuan bawah 18 tahun Batu Pahat yang diketuai oleh ketua pasukan, Noor Amelia menewaskan pasukan Kota Tinggi, Mersing dan Pontian sebelum tumpas dalam perlawanan akhir 2-8 kepada Kulai

24 April, 2017

BOLA BALING MASIH BELUM MENYERLAH : TETAPI TIDAK MENYERAH


Walaupun tidak mengecapi pingat, pasukan bola baling SMK Semerah tidak patah semangat untuk berjuang dalam Pertandingan Bola Baling MSSD Batu Pahat yang diadakan pada 18 – 19 April 2017 di Pura Kencana dan dikelolakan oleh SMK Tun Ismail.
Team bola baling SMK Semerah diuruslatih oleh Tn Hj Hashim bin A. Ghani dan Tn Hj Abu Bakar bin Ali. Team perempuan bermula garang dengan membenam SM Agama Parit Raja 2-0, namun tersentak apabila

22 April, 2017

HATTRIK TIDAK BERJAYA : SOFBOL SEMERAH TEMPAT KE-3


 Hajat SMK Semerah untuk mencipta hatrik johan sofbol daerah Batu Pahat tersekat apabila hanya menduduki tempat ketiga. Setelah dua tahun berturut-turut menjadi johan, kemaraan Semerah tersekat di separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada SMK Yong Peng dalam perlawanan yang mendebarkan.
Pasukan sofbol SMK Semerah diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dan En Hilmi Hafiz serta Cik Hasralda Abu Hassn. Juga dibantu oleh En Iddi Muhaimin, En Yaser Warif dan En Musa manakala lilitan kapten pasukan diamanahkan kepada Nurul Amelia Rasidin. Pertandingan ini telah dijalankan di SMK Tunku Putra pada 10 – 11 April untuk kategori sekolah rendah, 12 – 13 April untuk kategori perempuan 18 tahun dan 16 – 17 April bagi ketegori lelaki 18 tahun.