17 March, 2010

SEMERAH PAKAR SERI

Dengan berstrategikan 4-5-1, team bola sepak melangkah bergaya untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak Lelaki Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat  yang dijalankan pada 8-11 Mac 2010. Dengan semangat jitu dan usaha bersungguh-sungguh dalam 2 minggu latihan berterusan, tema ini mengharungi saingan peringkat kumpulan A yang boleh dikategorikan sebagai 'kumpulan maut' iaitu bersama SM Teknik (johan tahun lepas), SMK Seri Gading (sekolah projek bola sepak), MRSM dan SMK Datuk Sulaiman (musuh tradisi).
Sebelum itu, satu perlawanan persahabatan menentang SMK Dato' Onn diadakan pada Jumaat, 5 Mac 2010 di padang SMK Semerah yang berkesudahan SMK Semerah menang 2-1. Satu permulaan yang menarik!
Dengan dilatih oleh Big Coach (En Halim) dan En Hafiz, En Noimpendi dan En Faiza bertindak sebagai pengurus team. Permulaan baik dengan mencatat seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang SM Teknik. Namun seri lagi 0-0 dengan MRSM yang lebih banyak bermain dengan kaedah bertahan. Kemudian seri 1-1 dengan SMK Dato' Sulaiman. Akhirnya seri juga 0-0 dengan SMK Seri Gading. Malang sungguh team bola sepak kali ini. Tidak pernah kalah dan juga tidak pernah menang.
Pertandingan bola sepak tahun ini dimenangi oleh SMK Seri Gading, naib johan dimenangi oleh SMK Senggarang, tempat ketiga dirangkul oleh SMK Yong Peng dan SM Agama menduduki tempat keempat.
Teruskan wahai tema bola sepak. Seri lebih baik daripada kalah. Namun apalah guna kalau asyik seri kerana kemenangan adalah matlamat utama. Bangkitlah lagi para pemain bola sepak SMK Semerah!



No comments:

Post a Comment