03 July, 2011

LARIAN 1MURID 1SUKAN , LARIAN SERENTAK SELURUH NEGARA



Hari ini serentak di seluruh negara, para pelajar berlari dalam jarak 1.5 km dalam program Larian 1Murid 1Sukan. Program ini merupakan simbolik pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Larian ini juga telah mencipta rekod Malaysian Guniess Book  kerana lebih 350 ribu warga pendidikan terlibat dalam larian ini.

            Di SMK Semerah, aturcara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rosli bin Ishak. Kemudian En Azrizal Aizat bin Bujang mengetuai acara warming up beramai-ramai. Tepat pukul 8.00 pagi, larian dilepaskan oleh En Radzali bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran. Guru-guru, kaki tangan dan pekerja swasta turut sama berlari. Pada pagi tersebut, para peserta memenuhi jalan raya di Pekan Semerah kemudian melalui belakang Pasar Awam Semerah dan tamat di padang sekolah. Walaupun hanya 1.5 km sahaja, namun kesungguhan semua pihak dalam menjayakan larian ini amat dihargai. Pihak polis juga membantu lalu lintas agar keselamatan para peserta lebih terjamin.
            Tahniah kepada warga sekolah kerana membantu pihak kementerian dalam menjayakan larian ini. Semoga larian ini akan meningkatkan semangat bersukan di kalangan para pelajar.
         

No comments:

Post a Comment