09 July, 2011

REFLEKSI SUKANTARA

Kejayaan rumah sukan Temenggung menjadi johan Sukantara pada tahun 2011 amat mengejutkan warga sekolah. Biasanya rumah Hijau (Temenggung) berada dalam kelompok bawah. Namun demikian ianya buan mustahil untuk berada di kelompok atas dan ini berjaya dibuktikan oleh guru-guru penasihatnya yang diketuai oleh En Ahmad Hamizan dan Pn Maizan serta barisan guru rumah Temenggung. Ini menyanggah teori  “rumah Hijau tak akan menang sejak dulu lagi”. Kejayaan ini juga kerana rumah Hijau berjaya menarik ramai pelajar turun pada sesi petang berbanding rumah lain. Inilah pencetus utama kejayaan rumah Hijau.
Keduanya, Unit Sukan mengharapan agar aktiviti Sukantara diadakan pada sesi pagi seperti tahun-tahun sebelum 2009. Kehadiran para pelajar dalam Sukantara pada sesi petang amatlah sediikit peratusannya. Rumah yang berjaya menarik ahli-ahlinya datang pada sesi petang akan meraih mata yang banyak.  Contohnya rumah Temenggung. Apabila Sukantara dijalankan pada waktu pagi, kehadiran adalah penuh kerana pelajar akan datang seperti biasa.
Selanjutnya, apabila kehadiran para pelajar ramai, maka berlakulah apa yang dinamakan ‘kemenjadian’. Tidaklah pelajar berlari tanpa sokongan, sorakan dan rangsangan daripada guru-guru dan para penonton. Kesianlah pelajar yang berlari nun jauh di padang sana seolah-olah tiada yang peduli. Kalau ada ramai penyokong maka tentu mereka lebih bersemangat untuk berlari.
Sementara itu, format mata yang diubah untuk menambahkan bilangan pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 1 mata. Ini selaras dengan tujuan Sukantara untuk menggalakkan para pelajar menyertai aktviti sukan tanpa rasa tertekan. Tambahan pula ini akan membantu kerajaan merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan.
Selain itu juga, para pegawai yang bertugas hendaklah menjalankan tugas dengan sebaiknya tanpa ada pilih kasih semasa menilai para pelajar ketika melakukan acara Sukantara. Elakan diskriminasi dalam member mata kepada para peserta. Para pegawai juga hendaklah berada di stesen acara tepat pada masanya bagi mengelakkan kelewatan. Ini kerana kelewatan akan melewatkan lagi tugas-tugas ahli jawatankuasa alatan am dan teknik untuk mengemas serta memastikan semua kawasan padang kembali pada keadaan asal.
Moga aktiviti Sukantara akan diperkemaskan aspek pengurusan dan para pelajar berjaya dicingkil bakatnya demi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sukan sekolah di peringkat daerah khususnya dan negeri amnya.

No comments:

Post a Comment