Kejayaan rumah sukan Temenggung menjadi johan Sukantara pada tahun 2011 amat mengejutkan warga sekolah. Biasanya rumah Hijau (Temenggung) berada dalam kelompok bawah. Namun demikian ianya buan mustahil untuk berada di kelompok atas dan ini berjaya dibuktikan oleh guru-guru penasihatnya yang diketuai oleh En Ahmad Hamizan dan Pn Maizan serta barisan guru rumah Temenggung. Ini menyanggah teori “rumah Hijau tak akan menang sejak dulu lagi”.
09 July, 2011
04 July, 2011
SIUKANTARA : TEMENGGUNG MERAMPAS KEJUARAAN DARIPADA LAKSAMANA
| Ke garisan, sedia.. |
Sukantara kembali lagi setelah beberapa kali ditangguhkan. Biasanya sukantara dijalankan pada awal tahun, namun selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan dengan konsep Sukan Sepanjang Tahun, maka pada tahun ini sukantara dijalankan pada bulan Julai iaitu pada hari Sabtu 2 Julai dan Isnin, 4 Julai 2011.
Tahun lepas, rumah sukan Laksamana (Kuning) mengungguli Sukantara. Tahun ini nampaknya kejuaraan telah bertukar pemilik.
03 July, 2011
LARIAN 1MURID 1SUKAN , LARIAN SERENTAK SELURUH NEGARA
Hari ini serentak di seluruh negara, para pelajar berlari dalam jarak 1.5 km dalam program Larian 1Murid 1Sukan. Program ini merupakan simbolik pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Larian ini juga telah mencipta rekod Malaysian Guniess Book kerana lebih 350 ribu warga pendidikan terlibat dalam larian ini.
30 June, 2011
HARI TERBUKA & HARI KEUSAHAWANAN
Meriah. Dua dalam satu. Hari Terbuka dan Hari Keusahawanan SMK Semerah. Berduyun-duyun ibu bapa datang bersama anak-anak mereka. Harapan menggunung mengharapkan anaknya mencapai keputusan cemerlang. Inilah hari untuk ibu bapa berbincang dengan guru mengenai prestasi “anak mereka bersama”.
Di perkarangan perhimpunan, khemah-khemah tersergam indah. Kelihatan kelibat para pelajar bersiap untuk berniaga. Ada yang menyusun barang jualan, ada yang menghidupkan api untuk memanggang dan ada yang menggoreng.
Subscribe to:
Posts (Atom)