28 April, 2011

APA DAH JADI SEPAK TAKRAW DAN BOLA JARING?


Minggu ini 3 permainan peringkat MSSD Batu Pahat dijalankan iaitu sofbol L/P 18 tahun, sepak takraw bawah 15 dan 18 tahun serta bola jaring 15 dan 18 tahun.  Permainan sofbol diadakan di SMK Tunku Mahmood Iskandar dari 26-28 April 2011Sepak takraw bawah 18 tahun dijalankan di SMK Tun Ismail dari 25-26 April 2011 manakala sepak takraw bawah 15 tahun ditandingkan di SMK Permata Jaya bermula 27-28 April 2011.  Bagi bola jaring pula, pertandingan diadakan di SJKC  Chung Hwa, Seri Gading pada 28-29 April 2011.
Namun demikian, Semerah gagal beraksi cemerlang dalam permainan bola jaring dan sepak takraw. Regu L18 yang diketuai oleh Mohd Syafik bin Selamat berjaya juara kumpulan tapi gagal melepasi pusingan suku akhir. Pasukan bola jaring P18 menang 2 kali dan tewas 3 kali dan tidak berjaya ke pusingan suku akhir. Hanya pasukan sofbol yang meraih naib johan kategori perempuan. Tahniah kepada pasukan sofbol.
Terima kasih kepada Cik Nornida bt Sapuan, Pn Norsaedah bt Jamal dan Pn Waheedah bt Wahid serta Pn Habshah bt Talib yang melatih dan mengurus team bola jaring. Tidak ketinggalan juga ucapan teruskan berjuang kepada En Hasbi bin Mohd Nor dan En Roslan bin Mohamad yang tetap mencuba mengembalikan kegemilangan arena sepak takraw. Teruskan berusaha agar kejayaan akan dikecapi pada tahun-tahun akan datang. Jangan putus asa.
Adakah sesuatu perlu dilakukan?

No comments:

Post a Comment