20 April, 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA BADAN UNIFORM

Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)
Lapan pasukan unit pakaian seragam bertanding untuk Pertandingan Kawad Kaki Antara Badan Unifom SMK Semerah pada tahun ini. Kebanyakan pasukan yang bertandingan telah berlatih sejak 3 minggu yang lepas. Hampir setiap hari mereka berlatih di perkarangan sekolah dan padang. 
Hujan renyai-renyai sejam sebelum pertandingan bermula tidak mematahkan semangat para pelajar menyiapkan diri dengan pemakaian lengkap. Tiba-tiba hujan reda dan pertandingan pun bermula pada pukul 12.30 tengah hari. Ada 3 peringkat penilaian iaitu kelengkapan pakaian, kawad statik dan kawad formasi. Ratusan pelajar memenuhi ruang legar perhimpunan untuk memberikan sokongan padu kepada unit pakaian masing-masing. Meriah !
Kelihatan segak bergaya PBSM sebagai pasukan pertama yang memasuki gelanggang kawad yang dijalankan di tapak perhimpunan. Dikuti oleh  Pandu Puteri, seterusnya langkahan bertenaga oleh Kadet  Polis kemudian diikuti oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang penuh kreativiti dalam kawad formasi. Seterusnya hebat berpakaian serba biru oleh JPA3, hentakan mantap oleh Kadet Bomba, Pengakap dan hayunan tangan seragam oleh PPIM. Nampaknya mereka bersungguh-sungguh menunjukkan siapakah juara kawad pakaian seragam untuk tahun ini. Tahniah kepada para pelajar yang menujukkan komitmen dan kerjasama dalam pertandingan ini. Teruskan.
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada minggu depan.
Pengakap

No comments:

Post a Comment