05 April, 2011

KEMARAAN BOLA SEPAK DISEKAT OLEH SERI GADING

Minggu lepas, tiga permainan dihantar oleh SMK Semerah ke pertandingan permainan peringkat MSSD Batu Pahat iaitu hoki kategori bawah 18 tahun, bola sepak 15 tahun dan catur bawah 18 tahun. Guru-guru giat melatih dan membimbing para pemain sejak awal lagi khususnya semasa cuti sekolah yang lepas.
Bagi permainan bola sepak bawah 15 tahun, pertandingan dijalankan di SMK Seri Medan dan SMK Tunku Putra. Pasukan bola sepak lelaki SMK Semerah diketuai oleh En Noimpendi bin Abu Bakar, En Mohd Hafiz bin Mohd Zaid dan En Mohd Yusof bin Abu Bakar serta dibantu En Mohd Faiza bin Abdul Rahman.  Pasukan ini berjaya menewaskan SMK Tinggi Batu Pahat 2-0 dan membenam SMK Dato’ Seth 2-0 tetapi tewas 0-4 kepada SMK Dato’ Syed Esa untuk menjadi naib johan kumpulan C dan  berjaya melangkah ke suku akhir. Namun begitu, kemaraan team ini disekat oleh SMK Seri Gading yang membelasah SMK Semerah 9-0 pada peringkat suku akhir.  Johan pertandingan bola sepak ini dimenangi oleh SMK Seri Gading yang menewaskan SMK Dato' Syed Esa.
Pujian tetap diberikan kepada team yang telah bermati-matian untuk merealisasikan misi ke separuh akhir walaupun sekadar ke suku akhir. Tahun depan kita cuba lagi untuk melangsaikan misi yang belum dilunaskan. Teruskan usaha !

No comments:

Post a Comment