28 April, 2011

CIRI-CIRI JURULATIH YANG CEMERLANG



1.      Ciri  pertama jurulatih yang berkesan ialah berkemahiran untuk menunjukcara semasa latihan terutama kepada atlet-atlet baru. Tidak semestinya coach mempunyai kemahiran tinggi, namun beliau sentiasa menggunakan kemahiran tersebut mengikut situasi dan tahap atlet bimbingannya.
2.      Jurulatih mesti mempunyai pengetahuan dalam bidang tertentu seperti fisiologi senaman, kompenen kecergasan, pemakanan, kecederaan sukan serta boleh menganalisis pelbagai situasi latihan dan ‘ketika real time’.  Dalam hal ini, nilai tambahnya ialah arif dalam peraturan dan undang-undang permainan.
3.      Juga mesti mempunyai kebolehan mengendali dan mengelola sesi latihan yang berkesan agar berlaku ansur maju dalam latihan dan berkeupayaan memupuk penglibatan maksimum pemain dalam latihan serta berlaku situasi seronok dan bukan paksaan.
4.      Jurulatih juga mesti berupaya berkomunikasi dengan mudah dan difahami agar para pemain mampu memahami dan  menerapkannya dalam situasi sebenar.
5.      Jurulatih seharusnya memiliki personaliti yang disenangi seperti sifat suka berjenaka, tegas, sifat penyayang, bersemangat tinggi, kerap memberi motivasi, dan bersikap adil terhadap semua atletnya. Interaksi secara dua hala antara jurulatih dengan pasukannya boleh membantu kejayaan pasukannya.
6.      Jurulatih perlu memiliki pelbagai kebolehan yang berkaitan dengan bidangnya iaitu boleh bertindak sebagai guru dan pentadbir kepada pasukannya, sentiasa bijaksana, mematuhi peraturan, prihatin  terhadap keselamatan, alatan dan kemudahan. Juga memiliki keupayaan sebagai pengerah dan penggerak iaitu mampu mencari dan mengenal pasti atlet berpotensi.
Selain itu mampu bertindak sebagai perancang strategi serta taktik. Strategi merupakan perancangan jangka panjang untuk mencapai sesuatu sasaran manakala taktik ialah tindakan jangka pendek bagi memastikan kejayaan strategi yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment