28 April, 2011

SEMERAH UNGGULI NAIB JOHAN SOFBOL


Naib Johan Sofbol MSSD Batu Pahat P18 Tahun
Aksi sengit dan mendebarkan dalam final antara SMK Semerah (SMKS) menentang SMK Tunku Mahmood Iskandar (SMKTMI) menyaksikan SMK Semerah nyaris menjadi johan kategori perempuan dalam Pertandingan Sofbol L/P Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat yang bermula dari 26 – 28 April 2011 di SMK Tunku Mahmood Iskandar.  
Team yang telah dibentuk sejak 4 tahun lepas memulakan langkah dengan membelasah tanpa belas kasihan SMK Seri Gading 29-0. Ini adalah rekod kejohanan. Mangsa seterusnya ialah SMK (P) Temenggung Ibrahim dengan larian 22-2.  Pada peringkat separuh akhir team sofbol Semerah tanpa rasa simpati membenam pula SMK Yong Peng 16-5
Buku bertemu ruas. Pada perlawan akhir, Semerah yang dianggap ‘underdog’ memulakan langkah dengan mendahului 2-0 pada inning pertama. Kemudian pasukan tuan rumah yang dibanjiri dan disorak oleh para penyokong sendiri mengejar dan memperoleh 3 larian pada inning kedua.  Lantas tanpa rasa putus asa, para pemain Semerah yang diketuai oleh Umu Haziqah bt Abu Bakar, terus memburu larian dan akhirnya berbaloi mendapat 2 larian dan menjadikan kedudukan 4-3. Pada ining ketiga, kegagalan pemain  infield menyerap tekanan perlawanan akhir menyebabkan pasukan tuan rumah mendapat 2 larian pula  Walaupun Semerah cuba sedaya upaya mendapat larian, namun tidak berjaya.  Akhirnya Semerah kalah tipis 4-5. Dendam SMKTMI terbalas juga akhirnya kerana pada tahun lepas mereka kecundang di tangan Semerah.
Sementara itu tempat ke-3 dimenangi oleh SMK Dato’ Sulaiman dan SMK Yong Peng menduduki tempat ke-4. Dalam kategori lelaki pula, SMK Yong Peng begitu gah di persada juara dengan menewaskan SMK Dato’ Sulaiman 21-1. SMK Tunku Mahmood Iskandar pula menduduki tempat ke-3 manakala SMK Datuk Menteri sekadar tempat ke-4. Pingat dan sijil disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Tunku Mahmood Iskandar.
Tahniah kepada En Hashim bin A. Ghani dan Cik Hasralda bt Abu Hassn sebagai jurulatih dan dibantu oleh En Ahmad Hamizan dan Cik Norul Rafidah bt Redzuan sebagai pengurus.  Semerah memang hebat. Menurut En Hashim, “kegagalan tahun ini adalah cermin kejayaan bagi tahun depan kerana  kita akan bangkit dan SEMERAH PASTI JUARA".

No comments:

Post a Comment