11 April, 2011

HOKI, BOLA BALING & CATUR MSS JOHOR ; MENANG TEWAS ADAT PERTANDINGAN


Pasukan Bola Baling L12 Batu Pahat : Naib Johan 
Minggu ini pada 8-10 April 2011, 3 permainan iaitu hoki, catur dan bola baling dijalankan pada peringkat MSS Johor. Hoki MSSJ diadakan di Johor Bahru, catur dipertandingkan di Muar manakala bola baling dijalankan di SM Vokasional, Batu Pahat.
Seramai 8 orang pelajar dari SMK Semerah telah mewakili daerah Batu Pahat ke kejohanan MSSJ. Nurul Idayu bt Buang dan Nur Alia mewakili Batu Pahat untuk aktiviiti catur, Mohd Haziq Asyakirin bin Abu Bakar, Suhaimi bin Marbon dan Mohd Said bin Sani untuk permainan hoki. Sementara itu, bola baling disertai oleh Ahmad Syafik bin Sapary, Mohd Faizal bin Supian dan Mohd Azlan bin Ariffin. Mereka diiringi oleh En Hashim bin A. Ghani (pengurus bola baling), En Azrizal Aizat (pengurus hoki) dan Pn Rozaidah bt Talib (pengurus catur).
Bagi catur MSSJ, wakil Nurul Idayu bt Buang memenangi 4-2 dan Nur Alia 3-3. Manakala bagi hoki MSSJ, L18 daerah Batu Pahat sampai ke suku akhir.
Sementara itu, pada Kejohanan Bola Baling MSSJ, daerah Johor Bahru mengungguli semua kategori apabila menyapu bersih 4 kategori pada perlawanan akhir. Daerah Batu Pahat hanya mampu menjadi naib johan L12 sahaja dan tempat ketiga P18. Majlis penyampaian dan penutupan disempurnakan oleh Tn Hj Sapiee bin Md Shariff, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat. Majlis penutupan diadakan secara gilang-gemilang seolah-olah seperti berada di arena pertandingan MSSM. Tahniah kepada pengelola, daerah Batu Pahat.
Kegagalan tidak akan melemahkan semangat. Sungguhpun mereka tidak berjaya memenangi pingat pada pertandingan tersebut, namun penyertaan mereka yang mewakili daerah Batu Pahat tetap satu kejayaan kepada sekolah. Bukan senang untuk mewakili daerah kerana ada beratus pelajar yang menyertai sesuatu pertandingan dan merekalah yang terpilih. Sekalung tahniah atas penyertaan mereka.

No comments:

Post a Comment